DURIAN CREPE

Author: ida home delights // Category:
Assalamualaikum....


Dah lama tak post apa2 kat blog ni, dah bersawang pun. Bukan apa, sewaktu cuti persekolahan hujung tahun lepas, saya bizi membuat durian crepe. Dan alahamdulillah, sambutan menggalakkan sehinggakan order utk dc ni dibuat oleh adik saya, saya hanya buat dan hantar. Tak sempat nk jenguk latop untuk amik order. Kredit untuk adik saya Farah sebab buat semua kije ni untuk saya...

Bila dah slow buat Dc ni, baru berkesempatan nak buat entry..haha, bz sangat la tu kan...sampai ada yang tanya dan bagitau kat saya, kenapa dia tak tahu pun yang saya buat DC...sebab tengok kat blok takde apa-apa post berkenaan Dc ni..ish ish ish, kesian la pulak kan..

Tkpe...

Mungkin bukan rezeki awak nak rasa DC akak kan. Lepas ni bila awak baca entry akak mengenai Dc ni, jadi silalah order ye..ahak ahak..
Jom kita layan cik-cik dan puan-puan Dc yang akak buat sebelum ni yang sampai tido sehari sejam dua je untuk siapkan semua order..(pstt...waktu akak buat tu mmg dc ni baru tgh meletup, so pulun la siapkan oder sementara org nak kan..hihi..)


bila dibedah siasat

1 pek ada 6 pcs..jual RM10 per pek

dc akak tak besar dan tak kecik, sedang-sedang 2 kali gigit la..
tapi kkalau mulut besar muat la kot sekali ngap..


akak hanya menggunakan isi durian D24..durian mahal ni.

setiap kali pegi beli durian, akak beli 30kg. dan ini isinya
yang berjaya dikumpul.

besar-besar isi dia, yang penting nak isi je, taknak biji..
biar biji kecik, lagi akak suka..

hasil sehari buat dc


close up

hasil sehari buat dc

hasil sehari buat dc

Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Ilahi..akak pulun buat dc ni waktu cuti sekolah baru-baru ni..la ni dah buat sikit-sikit sebab bila anak-anak dah bersekolah semula, banyak benda nak buat, siapkan pakaian sekolah, seterika, masak sarapan, anta pegi sekolah, jemput balik sekolah, siapkan ke sekolah agama dan banyak lagi la keje kan, masak tengahari lagi..so, masa sangat suntuk dan semput akak. Masa cuti dulu, boleh skip semua tu..dan syukur sebab dengan duit Dc sepanjang buat cuti sekolah hari tu, dapatlah beli kelengkapan persekolahan anak-anak, bayar yuran persekolahan anak-anak, buat belanja dapur, boleh pegi holiday dan yang penting dapat beli peti ais baru semata-mata nak chill kan dc tu..dan yang paling penting, bukan setiap hari akak buat dc tu dlm sebulan setengah tu, seminggu 2 - 3 kali je buat, tapi dalam kuantiti yang banyak la..dan yang amat penting lagi, hasil yang akak dapat adalah dalam RM20k ++..memang ibu duit sungguh Dc ni.. Yang penting usaha kan, buat seikhlas yang boleh, untuk mencari rezeki yang Halal..
Alhamdulillah..

So, lepas ni, sape-sape yang terasa nak makan Dc ni, jangan segan-segan tempah noooo...sms je 017-9769832..
Wassalam.

1 Response to "DURIAN CREPE"

ida home delights Says :
January 26, 2013 at 10:28 PM

dan yang lagi lagi penting, hasil jualan durian crepe akak ni, akak kongsi juga dengan memberi sedekah/sumbangan untuk anak2 yatim di gombak..alhamdulillah, moga berkat rezeki kita ya...

Post a Comment