Showing posts with label cistart. Show all posts
Showing posts with label cistart. Show all posts

cistat

Author: ida home delights // Category:
assalamualaikum...
projek cistat akan terus dilangsungkan selepas ini setelah direhatkan beberapa ketika..




dalam satu pek ada 2 pcs berlainan inti..RM1.50 per pcs, harga khas utk student23 sahaja ya.
jualan untuk student2 UIA..








purple colour utk inti bluebery..

pink colour utk inti strawberry.

untuk jualan biasa, 50 pcs untuk harga RM40 letak dlm container petak atau bulat .
boleh campur2 fillingnya..nak coklat pun bole aje.
nak 25 pcs pun boleh juga..


cistat adalah produk terlaris bagi IHD...alhamdulillah

lagi lagi cheese...cheezyyyy

Author: ida home delights // Category: ,
as salam..next update...ciskek lagi...alhamdulillah, ida home delights banyak mengeluarkan produk berasaskan cheese, mendapat sambutan walaupun hanyalah part time baker. Menerima tempahan sekadar mampu bila masa mengizinkan sahaja.

versi kek besday en suami dan angah...celebrate gather together..
walnut cheese cake with bluebery n strawberry filling

oder dr cikgu smk hillcrest sri gombak..utk besday anaknya
yang ni utk makan2 sekeluarga
tqvm cikgu
cistat
Cistat pula menjadi cookies terlaris di IHD..versi packing dalam zipper bag sebanyak 2 pcs berlainan filling, ada strawbery, bluebery dan juga coklat..projek jualan utk student2 IIUM..alhamdulillah..kredit utk adik Saidatul Farhana sebab sudi menjadi agen jualan..tq.

minggu cheezy

Author: ida home delights // Category:
ciskek dah buat utk bufday adik, dtg amik kek dia ngan family dr kampung,...so apa plak nak buat utk jamu abah ngan ma, dan adik2 ni...kulit cistat memang semalam dah buat, asal nak buat cistat tu utk dibawa ke umah kawan sempena gathering yang di rancang, namun last minit tk jadi la pulak..

disebabkan tart shell dah ada, cheese cream pun mmg ada, so buat juga la cistat ni utk jamu keluargaku yg dtg dr kampung...mmg abah gemar sgt makan cistat ni, tp buat yang mini bite je....senang satu masuk mulut, sekali mamam...lepas tu nak lagi, dan lagi, dan lagi...macam abah ku makan...lepas satu, satu lagi, lepas satu lagi..tgk tinggal papercup jek bersusun susun..hik hik hik...siap buat lagi utk bekal bawak balik ke kampung..jom kita layan gambar2 cistat ni..

mini bite cistat...banyak sangat dapat buat...dan byk la dapat makan..pelbagai corak dan bentuk...dengan blueberry and strawberry fillings...

yang tecik2 ni agak leceh sikit nak melorek...apapun enjoy to do it...
blueberry cistat


kena letak dalam bekas kedap udara, bukan ape...nanti cik2 n en2 mut 
datang menyinggah pulak...hihi


yang mana dah siap buat, habis dah...nak balik kampung buat lagi buat bekalan...alhamdulillah, bila ada org suka makan, makin bersemangat kita nak buat lagi kan....marilah kita merajinkan diri masing2....

so, cukup dulu kali ni...tadaaaaa

Rezeki Dari Allah

Author: ida home delights // Category: , ,
ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah membuka pintu rezeki yang berganda untuk setengah tahun pertama tahun 2011 ini. Bila lihat makin ramai rakan2 memulakan bisnes online ni, hati ni terdetik juga nak berbisnes..memang dah lama nak cuba juga tapi tak tahu apa jenis perniagaan nak buat. Bukan   aku takde keje nak buat, mmg dah ada bisnes lain di dunia realiti, tapi timbul minat dan keinginan yang membuak2 untuk mencuba bisnes online nih.

Step pertama adalah dgn join kelas membuat cupcakes..memang dari zaman kecik2 dulu lagi minat memasak ni..teringat lagi bila nak raya je mulalah sibuk membuat kuih2 raya. Masa tu main hentam kromo je buatnyer tanpa ada sukatan yang betul..main sukat cawan je....tapi bila dah join kelas ni baru belajar cara sukatan yang betul, baru kena apa itu nozle, baru tau cara nak deco dan sebagainya...

Mungkin ini adalah permulaan untuk cuba bisnes cupcakes ni...terima kasih untuk adik-adikku yang sudi jadi ejen jualan...jasa kalian dalam menolong kakakmu ini tkkan kak da lupakan...jutaan terima kasih buat adikku Saidatul Farhana dan Nur Sakinatul Nabila sebab perkenalkan cupcake, cistat dan tiramisu  buat kawan2..sampai mendapat permintaan...

So, nak tengok produk2 dan jenis kuih2 yang sering mendapat sambutan tak??.....

Ok....kita tengok ya...dan kepada sesiapa yang nak rasa bolehlah membuat tempahan ya...jangan malu2...pasti bila dah cuba rasa mesti mau lagi..terigau2 gitu..hak hak....


 cistat blueberry n strawberry fillings..inti dalam dan luar....memang sedap
(salah satu dari tempahan yang diterima..tqvm)





*cistart*





ini pula mini tiramisu...diperbuat drpd homemade choc cake...
bila dah rasa pasti nak lagi....




tak ke terliur bila kita tengok tiramisu ni...alahai..




ini pula choc moist cupcake...disirami dgn choc ganache...bagi penggemar coklat pasti takkan lepas untuk menikmatinya...





yang ni pula vanila cupcake...dihiasi dgn buttercream...budak2 mmg suka....



alhamdulillah, berkat join kelas buat cupcake hari itu, maka inilah hasil untuk memulakan bisnes online ni...bagi yang berminat nak dapatkannya atau nak merasai kelazatannya jgn lupa inbox di fb saya atau sms ke no
 017-9769832...
ok semua..hingga bertemu di lain masa dan ketika...saya akan update setiap jenis kek dan harga untuk setiap produk...c u...assalamualaikum.