apam polkadot aka apam dot dot

Author: ida home delights // Category:
As salam..
Apam dot dot ni saya buat untuk jamu kawan-kawan anak saya kat sekolah..Cikgu mintak murid-murid bawa sedikit bekal untuk sama-sama berkongsi makanan sewaktu sambutan hari guru kat sekolah..saya tak tahu nak masak apa, at last buat aje la apam dot dot ni..jom kita tengok hasilnya.

buat dua bentuk..satu strawberry dan satu lagi kiwi

ala-ala buah kiwi yang dah dipotong kekdahnya.:)

ada ke rupa buah strawberry nih:)


filling strawberry plak kali ni..

lepas ni nak cuba pelbagai corak pulak...menarik pulak bila dapat tengok pelbagai corak ni kan...

RED VELVET KEK

Author: ida home delights // Category:
Assalamualaikum..
Kali ni saya terima order untuk buat Red Velvet Kek dari guru-guru sekolah tabika anak saya, sempena sambutan hari guru...alhamdulillah dapat saya penuhi walaupun last minit cikgu2 decide nak kek apa...malam membakar kek, pagi2 esok baru la mendeko bagai kan lipas kudung sebab nak kena hantar pukul 10 pagi..
(" red velvet kek, 1.8 kg)

tangan tak reti nak buat rose, so putar-putar aje

harap cikgu-cikgu puas hati ye...tq
Bagi yang tak berapa pakar dalam bab-bab deco ni, saya cuba sedaya upaya untuk siapkan seberapa pantas yang mungkin...

Selamat Hari Guru Cikgu Lin dan Cikgu Nana...jasamu dalam mendidik anak bangsa amat besar pengertiannya.


KEK BESDAY

Author: ida home delights // Category: ,
KEK BESDAY

Alhamdulillah...setelah sekian lama tak menjenguk blog ni, dapat la juga mencuri sedetik dua ruang waktu untuk berkongsi kek-kek yang sebenarnya dah lama disimpan rapi dalam peti besi...baru hari ni berkesempatan nak tayang kan....
kek bedsay Lin..happy birthday

Kek Karamel 8"

Red Velvet Cake dr Azlin untuk kawannya...tqvm

dilapisi dengan krim keju...amat enak...
Cukup la tayang gambar, tk kuasa nak pot pet banyak-banyak...apapun alhamdulillah dengan rezeki yang ada...