kek coklat lapis cheese

Author: ida home delights // Category:
alhamdulillah..mula2 buat kek ni untuk makan2 sempena hari raya aidiladha baru2 ni.
Kemudian en hubby saya bekalkan sikit kek ni untuk makan2 kat ofis. Tak sangka, ramai yang suka. Dan dapat oder dr Puan Rahana..terima kasih kak..


yang ni buat untuk makan-makan

yang ni pulak oder dari Puan Rahana Pej Kes UM.

sedap makan sejuk2...berkrim je krim cheese tu...walla.

ciskek

Author: ida home delights // Category:
salam..oder dari kak Fauziah juga dari Pej. Kes UM..
Request nak plain ciskek, tanpa apa2 topping dan filling, so ikut aje kehendak pelanggan..

plain ciskek..pun sedap juga kannn...
terima kasih kak...

tiramisu kek

Author: ida home delights // Category:
tempahan...

oder dari Mai, pej. kes. UM. Krim cheese yang ni firm aje,

oder dari Feza staf pej. kes UM
krim cheese feza punya tak berapa firm sebab terlebih letak whipping cream. So nampak flat aje..apapun komen dr Feza "sedap kak..lain kali boleh oder lagi"..

terima kasih semua atas komen yang membina.

kek karamel

Author: ida home delights // Category:
as salam..
tayangan oder2 yang lepas...

terima kasih Kak Fatimah, staf keselamatan UM

next oder dr Mai juga staf UM..sblm ditelangkupkan.

alhamdulillah menjadi, smooth je dia keluar dr sarang.
terima kasih Mai UM

muffin

Author: ida home delights // Category:
Muffin ini di buat untuk dimasukkan dalam goodie bag untuk diberi kepada kawan-kawan sekolah anak sempena birthday party kat sekolah..

coklat chip muffin


close up sket...buat  dalam saiz mini aje...sedap.

yang dah siap di packing...



apam dot-dot

Author: ida home delights // Category:
oder yang telah pun masuk perut empunya tuannya...apam dot-dot..terima kasih Ayu juga Feza, staf pej Keselamatan Universiti Malaya untuk oder yang kesekian kalinya.

inti campur2..sekaya dan bluebery






terima kasih banyak2...

mini tiramisu

Author: ida home delights // Category:
alhamdulillah...juga salah satu produk terlaris IHD...mini tiramisu dalam dome casing...RM2.50 per pcs...
Ramai yang tanya kenapa murah sangat jual, ada untung tak. Ni jawapan saya. Saya jual bukan pikir sangat pasal untung, dapat sikit-sikit pun jadilah, asal dapat cover modal semula, sebab saya buat untuk kepuasan hati saya, kerana orang dapat merasa produk2 yang saya buat ikhlas dari hati saya. Saya amat berpuas hati tambah suka hati bila orang yang membeli memuji kesedapan kek yang saya buat. Terima kasih kerana menyokong saya..alhamdulillah..

Saya letak milo untuk gantikan serbuk koko

terima kasih untuk jiran-jiran yang menyokong dan sudi membeli

boleh juga dibuat sebagai hadiah hari jadi


oder terkini 32 pcs dari Azimah staf pej. kes. UM

juga 10 pcs dari Puan Rahanam staf Pej. Kes. UM

tqvm juga buat Ayu juga staf pej. kes UM
Kepada yang berminat nak rasa, jangan segan2 tapi tiada yang FOC tau...hehehe..

cistat

Author: ida home delights // Category:
assalamualaikum...
projek cistat akan terus dilangsungkan selepas ini setelah direhatkan beberapa ketika..




dalam satu pek ada 2 pcs berlainan inti..RM1.50 per pcs, harga khas utk student23 sahaja ya.
jualan untuk student2 UIA..








purple colour utk inti bluebery..

pink colour utk inti strawberry.

untuk jualan biasa, 50 pcs untuk harga RM40 letak dlm container petak atau bulat .
boleh campur2 fillingnya..nak coklat pun bole aje.
nak 25 pcs pun boleh juga..


cistat adalah produk terlaris bagi IHD...alhamdulillah

Red velvet

Author: ida home delights // Category:
Assalam..red velvet si baldu merah memang marveles..kalau pergi ke kedai2 kek, memang susah nak dapat. Dan harganya amat la mengancam nyawa..hehe..tapi bagi yang berkeinginan, harga di tolak ketepi..Jom kita tgk..

tqvm cikgu noridah smk hillcrest sri gombak
syukran.

pavlova

Author: ida home delights // Category:
as salam..pavlova juga tak kurang hebat dan meletup sekarang. Bahan asas nak buatnya tidak banyak dan susah mana. Cuma kalau salah memukul memang takkan jadi la. Yang sedapnya sebab dia ada pelbagai jenis buah-buahan masam untuk stabilkan kemanisan crustnya. ni oder kali yang kedua dari Nonie Damansara Damai..katanya, tak sampai 5 minit, separuh kek dihabiskan.


alhamdulillah dan terima kasih.

Rainbow kek

Author: ida home delights // Category:
As salam..sekarang ni very very the femes one, kek yang comel lote..iaitu rainbow kek..warna warni segirang hati empunya memperolehinya...alhamdulillah, sebab kerajinan ibu, dapatlah sediakan rainbow kek buat anak dara nan sorang sempena besday yang ke-6 tahun..celebrate ngan kengkawan kat tadika. Bila ibu pick-up kat sekolah, tengok2 kotak kek tadi dibawak balik semula..rupa2 nya anak dara request kat cikgu nak bawak balik cebisan terakhir kek yang amat sedikit tak habis tu. Dia rasa sayang nak tinggal kat sekolah, walaupun sebenarnya cikgu  punya bahagian..bila di tanya, dia kata sebab kek cantik, warna warni..haha..cikgu pun tak kisah, kesian cikgu...

sesudah dilapis

sesudah dihias..happy bedsay izzah..
semoga menjadi anak yang berjaya
dunia dan akhirat..ameen.

tak le secantik pakar2 kek menghiasnya..boleh la..

pandangan keseluruhan dalaman kek..tapi terbalik la pulak susunan
warna pelangi tu..huhu
happy birthday izzah..ibu sayang kakak.

lagi lagi cheese...cheezyyyy

Author: ida home delights // Category: ,
as salam..next update...ciskek lagi...alhamdulillah, ida home delights banyak mengeluarkan produk berasaskan cheese, mendapat sambutan walaupun hanyalah part time baker. Menerima tempahan sekadar mampu bila masa mengizinkan sahaja.

versi kek besday en suami dan angah...celebrate gather together..
walnut cheese cake with bluebery n strawberry filling

oder dr cikgu smk hillcrest sri gombak..utk besday anaknya
yang ni utk makan2 sekeluarga
tqvm cikgu
cistat
Cistat pula menjadi cookies terlaris di IHD..versi packing dalam zipper bag sebanyak 2 pcs berlainan filling, ada strawbery, bluebery dan juga coklat..projek jualan utk student2 IIUM..alhamdulillah..kredit utk adik Saidatul Farhana sebab sudi menjadi agen jualan..tq.

ciskek lagi dan lagi

Author: ida home delights // Category:
Selamat malam semua...dah lama blog ni terbiar, almaklumlah sibuk ngan tugas seharian. Apapun, malam ni nak masukkan semua gambar-gambar kek tempahan yang lepas-lepas. Untuk kenangan kek2 apa yang telah di buat..Terima kasih bagi yang telah menyokong Ida home delights..mana2 yang saya dapat buat tu, maksudnya saya free dan tak sesibuk mana.. Jom kita intai2...


ciskek request nak coklat putih..simple dimple


ciskek dengan walnut dan sos karamel...tq cikgu nana

bluebery ciskek..tqvm kak chom

terima kasih semua...