diperturunkan resepi ringkas dan mudah

Author: ida home delights // Category:
good evening sume...dh hampir lewat malam ni, datang pulak si "CIK R" ni nk menghapdet n3...maklum la baru je lepas membaking choc chip muffin....rupa tak cantik cik muffin ni, tp...walla amat sedap di makan apatah lg mkn panas2 yang baru kuar oven tuh..kuar2 je dr oven terus ngap satu, satu lagi dan lagi dan lagi..cakap kat anak tolong amikkan utk ibu satu, dia bawak dua..katanya ibu punya satu, akim punya satu, padahal kat mulut masih penuh ngan muffin tu...sedap katanya...apakata kita posing kan cik muffin coklat chip  dulu bole....saksikan..


# hitam hitam si tompok manggis, walaupun hitam ditelan manis...#

so, sekarang saya nak listkan bahan2 yang diperlukan untuk buat choc chip muffin ni,

CHOC CHIP MUFFIN

bahan-bahannya.:
bahan A
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak
(semua bahan ni dilarutkan dengan menggunakan sudu sahaj, jangan pukul)

bahan B
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
(campur semua dalam satu bekas)

bahan C
3/4 cawan coklat chip

cara-caranya.:
campurkan bahan bahan A dan bahan C ke dalam bahan B, dan kacau sebati..gaul rata dengan menggunakan senduk kayu sahaja 4-5 kali gaul sahaja...masukkan dalam paper cup dan bakar 130C selama 30 minit...
dan inilah hasilnya yang baru je saya siapkan sebentar tadi.







bagi sesiapa yang nak mencuba silakan sebab ianya sgt mudah dan ringkas...
rasanya, cukuplah dulu entry utk kali ni. Mata pun dah cam nak layu je...biasalah sebab jarang tido lewat2 ni...N3 akan datang saya akan kongsikan petua dan tips untuk membuat muffin ni...
Maas Salamah wa Ilal liqo'....assalam.

0 Responses to "diperturunkan resepi ringkas dan mudah"

Post a Comment